Majlis Khatam dan derma anak yatim di sekolah Al-Falaah

Majlis Khatam dan derma anak yatim di sekolah Al-Falaah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Sekolah Al-Falaah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyerahan Derma Anak-anak Yatim yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, di Jalan Kebangsaan, hari ini.

Hadir di majlis berkenaan dan menyempurnakan penyampaian derma kepada 27 orang anak yatim sekolah berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAP, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Acara itu merupakan kegiatan tahunan yang dianjurkan oleh Sekolah Al-Falaah, yang mana seramai 41 orang murid Tahun 6 dan murid Kelas Hujung Minggu sekolah berkenaan menyertai Khatam Al-Quran itu.

Yang Berhormat Pehin yang menghadiri majlis khatam Al-Quran dan penyampaian derma anak-anak yatim di majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin yang menghadiri majlis khatam Al-Quran dan penyampaian derma anak-anak yatim di majlis berkenaan.

pg03_150711_e

Pelajar Sekolah Al-Falaah yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.
Pelajar Sekolah Al-Falaah yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA