Majlis Khatam dan penyampaian derma

Majlis Khatam dan penyampaian derma

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Seramai 70 Muslimah dan jemaah Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di masjid berkenaan, petang tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Majlis tersebut juga diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang diselajurkan dengan penyampaian derma kepada 27 anak yatim di kawasan Jerudong yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

Acara tersebut adalah anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Jerudong.

Awang Misle ketika menyampaikan sumbangan kepada anak yatim
Awang Misle ketika menyampaikan sumbangan kepada anak yatim

Bacaan Khatam Al-Quran, Takhtim dan Tahlil diketuai oleh Imam Masjid, Haji Kamaruzzaman bin Haji Jakar yang diikuti dengan bacaan Doa Khatam.

Sementara bacaan doa arwah pula diketuai oleh Haji Zamhari bin Haji Ibrahim diikuti dengan Dikir Marhaban dipimpin oleh ahli jawatankuasa takmir masjid dan diteruskan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim.

Majlis diakhiri dengan majlis bersungkai bersama yang diteruskan dengan solat Maghrib, Tarawih dan Isyak berjemaah.

ARTIKEL YANG SAMA