Majlis Khatam dan Tahlil Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Majlis Khatam dan Tahlil Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Pegawai dan kakitangan Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil serta membaca doa arwah dan berdikir sempena Bulan Ramadhan bertempat di Surau Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Rimba.

Seramai 36 orang pegawai dan kakitangan Hangar 1, Hangar 2 dan Hangar 4 di Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hadir pada majlis bertadarus yang diselajurkan dengan Majlis Bertahlil dan Doa Arwah dan diserikan dengan Majlis Berdikir oleh pegawai-pegawai dan kakitangan pejabat berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah, Pemangku Pengarah Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Mejar (U) Haji Mohammad Rahimin bin Hj Ismail.

Tadarus dimulakan dengan diketuai oleh, Imam Masjid Mohammed Bolkiah, Kampung Serusop, Haji Muslim bin Haji Abdul Razak.

Antara pegawai dan kakitangan Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang menyertai Majlis Khatam dan Tahlil kelmarin.
Antara pegawai dan kakitangan Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang menyertai Majlis Khatam dan Tahlil kelmarin.
Mejar (U) Haji Mohammad Rahimin semasa menyertai Majlis Khatam dan Tahlil kelmarin.
Mejar (U) Haji Mohammad Rahimin semasa menyertai Majlis Khatam dan Tahlil kelmarin.

Tadarus bermaksud memperdengarkan bacaan Al-Quran di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah S.A.W dalam bulan Ramadan.

Tadarus mempunyai banyak kelebihan, selain kelebihan-kelebihan yang dijanjikan bagi sesiapa yang membaca Al-Quran ialah ”Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Quran melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (Sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat.”

ARTIKEL YANG SAMA