Majlis Khatam di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan

Majlis Khatam di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan

Gambar oleh Azrol Azmi

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Majlis Khatam Al-Quran bagi menandakan berakhirnya pembacaan Al-Quran 30 Juzuk di bulan Ramadan diadakan di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, di sini malam tadi.

Majlis berlangsung di hadapan Yang Amat Mulia Pengiran Laila Kanun Diraja Pengiran Haji Bahrin bin Pengiran Haji Abbas. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Ad-Dhuha didahului oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Sementara itu, bacaan Tahtim dan Doa Khatam dibacakan oleh Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

(Dari kiri) Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar; Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi; dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud semasa menghadiri majlis berkenaan.

Majlis turut diserikan lagi dengan bacaan dikir dibawakan oleh pegawai-pegawai masjid yang diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang yang juga mendahului bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudiannya Doa Dikir.

Doa Selamat kemudiannya dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Hamid. Majlis dihadiri oleh Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, setiausaha-setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA