Majlis khatam galak pelajar amal baca Al-Quran

Majlis khatam galak pelajar amal baca Al-Quran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Seramai 32 orang pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Haji Mohd Jaafar Maun, Kiulap diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Kampung Kiulap, Haji Mohammad bin Abu Bakar.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan seterusnya bacaan surah-surah khatam yang bermula dari Surah Ad-Dhuha sehingga Surah Al-Lahab oleh para peserta khatam.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Takhtim oleh penuntut perempuan Darjah 4 dan 5 serta Dikir Marhaban oleh pelajar lelaki Darjah 4 dan 5.

Para peserta yang mengikuti majlis khatam Al-Quran di Dewan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Para peserta yang mengikuti majlis khatam Al-Quran di Dewan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Tetamu kehormat majlis semasa hadir pada majlis khatam berkenaan.
Tetamu kehormat majlis semasa hadir pada majlis khatam berkenaan.
Antara para jemputan yang turut memeriahkan majlis khatam Al-Quran.
Antara para jemputan yang turut memeriahkan majlis khatam Al-Quran.

Manakala itu, Doa Khatam pula telah dibacakan oleh Awang Hakimi bin Othman.

Majlis bertujuan untuk menggalakkan para peserta agar membaca Al-Quran dalam kehidupan mereka seharian di samping menghayati Al-Quran dan mengamalkan ajaran-ajarannya sebagai amalan harian dalam kalangan diri pelajar.

Kemudian, majlis turut menyaksikan acara merenjis minyak wangi serta penyampaian cenderahati kepada tetamu khas majlis.

ARTIKEL YANG SAMA