Majlis khatam JIS

Majlis khatam JIS

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6 tahun 1436H/2015M di bilik persidangan Pusat Keseniannya di Tungku Link, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil khatam ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah.

Bacaan takhtim menyusuli majlis sebelum bacaan doa khatam disempurnakan oleh peserta khatam, Awang Ahmad Ilyas Ar-Rasyidin Musib dan diteruskan dengan Dikir Marhaban bagi meraikan para pelajar berkenaan.

Tetamu kehormat majlis seterusnya memimpin acara menabur bunga rampai dan penyampaian sijil disusuli oleh para ibu bapa dan guru-guru yang terlibat.

Majlis ditutup dengan bacaan doa selamat oleh Awang Noruimy bin Haji Ahad.

Jemputan Khas yang hadir di majlis tersebut.
Jemputan Khas yang hadir di majlis tersebut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di antara pelajar yang terlibat dengan Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.
Di antara pelajar yang terlibat dengan Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

ARTIKEL YANG SAMA