Majlis Khatam pelajar-pelajar di Daerah Temburong

Majlis Khatam pelajar-pelajar di Daerah Temburong

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

MAJLIS Khatam Al-Quran bagi 27 orang Pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja Sempena Tadarus di Bulan Ramadan bagi Daerah Temburong telah berlangsung di Dewan Sekolah Persediaan Arab Daerah Temburong, baru-baru ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Abdullah bin Namit.Program seumpamanya merupakan salah satu daripada projek atau rancangan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Ianya dikendalikan oleh Unit Tilawah Al-Quran dan Dikir, Bahagian Pelajaran Lanjutan yang mana ianya melibatkan gerak kerja tenaga pengajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja di setiap daerah.Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyemarakkan dan memeriahkan suasana Ramadan dengan (tadarus) bacaan Al- Quran serta sebagai menunaikan tanggungjawab bagi memastikan bahawa semua pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja membaca Al-Quran di bulan Ramadan.

Peserta khatam Al-Quran bagi pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja sempena tadarus di bulan Ramadan bagi Daerah Temburong.
Peserta khatam Al-Quran bagi pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja sempena tadarus di bulan Ramadan bagi Daerah Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA