Majlis Khatam semarak Ramadan

Majlis Khatam semarak Ramadan

Oleh Rahmat Haji Abdul Rahman

 

AHLI-ahli Majlis Takmir Masjid Kampong Tanah Jambu baru-baru ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian derma kepada 124 orang anak – anak yatim dari Kampong Tanah Jambu dan Kampong Salar, Mukim Mentiri.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Haji Alimin bin Ismail, Ketua Imam Masjid Kampong Tanah Jambu. Atur cara majlis disusuli dengan Majlis Khatam Al-Quran.

Tetamu Kehormat Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major Jeneral Bersara Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau berbentuk wang kepada anak-anak yatim.

Manakala, Yang Mulia Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Metassim, Pengarah Urusan Malar Setia Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang, tabung duit dan makanan. Tetamu Kehormat, para Hadirin dan jemaah di Majlis tersebut seterusnya menikmati juadah berbuka puasa yang diteruskan dengan solat fardu Maghrib dan solat sunat Tarawih.

Sumbangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim.
Sumbangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA