Majlis Khatam semarakkan bulan Ramadan

Majlis Khatam semarakkan bulan Ramadan

Oleh Normazlina M.D

 

SEBAGAI salah satu projek atau rancangan tahunan Unit Tilawah Al-Quran dan Dikir Bahagian Pelajaran Lanjutan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Majlis Khatam Al-Quran Skim Tilawah Al-Quran Remaja telah diadakan bersempena Bulan Ramadan bagi Daerah Tutong di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Pemangku Penolong Ketua Pegawai Ugama Tutong, Haji Masri bin Haji Mohammad. Seramai 34 orang pelajar terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan menyertai Majlis Khatam Al-Quran Skim Tilawah Al-Quran Remaja bagi Daerah Tutong. Majlis khatam Al-Quran yang diadakan bagi peringkat Daerah Tutong ini dikendalikan oleh Penyelaras Kelas Skim Tilawah Al-Quran Remaja Daerah Tutong dan melibatkan gerak kerja tenaga pengajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja yang berpusat di Daerah Tutong.

Semasa Majlis Khatam Al-Quran Skim Tilawah Al-Quran Remaja Daerah Tutong diadakan.
Semasa Majlis Khatam Al-Quran Skim Tilawah Al-Quran Remaja Daerah Tutong diadakan.

Tujuan majlis diadakan adalah bagi menyemarakkan dan memeriahkan suasana Ramadan dengan bacaan Al-Quran, sebagai menunaikan tanggungjawab bagi mempastikan semua pelajar Tilawah Al-Quran Remaja membaca Al-Quran di bulan Ramadan di samping dapat menggalakkan pelajar-pelajar membaca Al-Quran dengan baik dan lancar.