Majlis khatam sempena hari keputeraan

Majlis khatam sempena hari keputeraan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Seramai 69 Muslimah dari lapan buah masjid di Daerah Brunei dan Muara, hari ini, diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran 69 Kali Khatam yang berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong, di sini.

Majlis yang dianjurkan oleh Muslimah Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong itu diadakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 tahun.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Jamaiah binti Haji Abdul Manap. Para peserta khatam terdiri daripada 35 Muslimah Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong, enam dari Masjid Al-Ameerah Al Hajjah Maryam Jerudong, enam dari Masjid Kampung Masin, enam dari Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Kampung Katimahar, enam dari Balai Ibadat Kampung Mata-Mata, enam dari Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, enam dari Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Mulaut dan enam lagi dari Masjid Kampung Pengkalan Batu.

Tujuan majlis diadakan adalah untuk menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian sepanjang hayat dan sebagai salah satu kegiatan tahunan Muslimah masjid sambil mengeratkan silaturahim dikalangan para Muslimah masjid di Daerah Brunei dan Muara yang juga bagi menyahut titah Baginda Sultan.

Datin Hajah Jamaiah (tengah) semasa Majlis Khatam Al-Quran 69 Kali Khatam, di Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong.
Datin Hajah Jamaiah (tengah) semasa Majlis Khatam Al-Quran 69 Kali Khatam, di Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong.
Gabungan jemaah Muslimah lapan buah masjid terlibat pada majlis khatam tersebut.
Gabungan jemaah Muslimah lapan buah masjid terlibat pada majlis khatam tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA