Majlis Khatam sempena ulang tahun ke-59

Majlis Khatam sempena ulang tahun ke-59

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Sempena Ulang Tahun Perkhidmatan Radio Brunei, Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) ke-59 telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran di Dewan Raya, RTB, hari ini.

Majlis Khatam bagi 100 peserta terdiri daripada para pegawai serta kakitangan jabatan berkenaan itu turut dihadiri Pengarah RTB, Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu. Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah khatam yang kemudian diserikan dengan takhtim dan Doa Khatam yang dibacakan oleh Awang Abdul Faris bin Haji Abdul Mutalif. Majlis yang diiringi dengan Dikir Marhaban itu turut menyaksikan penyampaian sijil kepada para peserta khatam dan diakhiri dengan doa selamat.

Haji Muhammad Suffian bersama para tetamu yang lain hadir pada majlis itu.
Haji Muhammad Suffian bersama para tetamu yang lain hadir pada majlis itu.
Para peserta khatam yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran di Dewan Raya, RTB.
Para peserta khatam yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran di Dewan Raya, RTB.

ARTIKEL YANG SAMA