Majlis khatam SU Pusar Ulak

Majlis khatam SU Pusar Ulak

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Sekolah Ugama (SU) Pusar Ulak, kawasan Brunei 1, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi pelajar Darjah 6 yang diadakan di dewan sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Penolong Pengarah (Institusi Pengajian), Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Surbiah binti Haji Tengah yang juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai bagi memulakan majlis.

Majlis kemudian disusuli dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam yang terdiri daripada 27 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan sebelum diteruskan dengan bacaan takhtim oleh para pelajar perempuan Darjah 4 dan 5 dan diteruskan lagi dengan bacaan doa khatam oleh Awang Wan Sobree bin Haji Hama.

Majlis diserikan lagi dengan bacaan dikir marhaban yang disampaikan oleh para pelajar lelaki Darjah 4 dan 5 disusuli dengan acara merenjis minyak wangi kepada para peserta khatam oleh tetamu kehormat majlis diikuti para ibu bapa serta penjaga pelajar yang diraikan.

Para peserta khatam bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Para peserta khatam bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Acara merenjis para peserta khatam.
Acara merenjis para peserta khatam.

ARTIKEL YANG SAMA