Majlis khatam, sungkai bekas peserta SSEAYP

Majlis khatam, sungkai bekas peserta SSEAYP

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Bekas peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) 1989, hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa yang berlangsung di Masjid Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Majlis Khatam Al-Quran yang disertai oleh hampir 30 orang itu bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan pengisian acara-acara keagamaan.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu.
Antara yang hadir menyertai Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa yang berlangsung di Masjid Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.
Antara yang hadir menyertai Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa yang berlangsung di Masjid Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi, kemudian diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran.

Majlis juga diisikan dengan bacaan Tahlil dan Doa Allah Peliharakan Sultan serta majlis berbuka puasa sebelum diakhiri dengan solat Fardu Maghrib berjemaah.

ARTIKEL YANG SAMA