Majlis Konvokesyen ITB fokus tingkatkan kualiti graduan

Majlis Konvokesyen ITB fokus tingkatkan kualiti graduan

Gambar oleh Azrol Azmi & Infofoto

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB) telah berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Tertinggi Kebangsaan kepada seramai 393 graduan pada Majlis Konvokesyen ITB yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di ICC dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku Pengerusi Majlis ITB; Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar yang juga selaku Timbalan Pengerusi ITB; Naib Canselor ITB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dan Pendaftar dan Setiausaha ITB, Dayang Jennifer Hiew-Lim.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Pro Canselor ITB.

Sejurus itu, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.

Majlis kemudian disusuli dengan keberangkatan perarakan canselor memasuki Dewan Plenari dengan didahului bentara menjunjung Mushaf Al-Qur’an di hadapan perarakan tersebut dan selesai sahaja perarakan canselor, Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’ dimainkan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan sijil ijazah kepada para graduan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan sijil ijazah kepada para graduan.

pgm8_151102_b

pgm8_151102_a

pgm8_151102_d

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an Surah Al-Haj, ayat 61 hingga 66 oleh Awang Abdul Azim bin Haji Abdul Adzid @ Haji Abdul Majid, pelajar program Diploma Tertinggi Kebangsaan Tahap 5 dalam Kejuruteraan Mekanikal, manakala inti sari ayat pula dibacakan oleh Awang Waaliummul Fadzl @ Abdul Wahub bin Haji Wahab, pelajar program Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam Kejuruteraan Rangkaian.

Selepas itu, Naib Canselor ITB menyembahkan sembah alu-aluannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Pada majlis tersebut, Baginda Sultan berkenan mengurniakan titah dan menyempurnakan pengurniaan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Tertinggi Kebangsaan seterusnya menyusul dengan Baginda Sultan berkenan melafazkan titah kuasa Canselor ITB.

Ini diikuti dengan laungan kalimah ‘Allahu Akbar, Walillah il Hamd’ daripada para graduan dan hadirin sebagai tanda syukur.

Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah dalam sembah alu-aluannya dalam Majlis Konvokesyen ITB.
Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah dalam sembah alu-aluannya dalam Majlis Konvokesyen ITB.
Antara graduan-graduan yang telah menerima sijil masing-masing.
Antara graduan-graduan yang telah menerima sijil masing-masing.

Graduan-graduan ITB ceria selepas menerima sijil masing-masing.

Para graduan sedang menunggu giliran untuk dipanggil keatas pentas

Baginda Sultan kemudiannya berkenan mengurniakan Ijazah Sarjana Sains secara Penyelidikan kepada tiga graduan; Ijazah Sarjana Muda kepada 117 graduan pengambilan ke-3; Diploma Tertinggi Kebangsaan Tahap 5 kepada 43 graduan pengambilan pertama; dan Diploma Tertinggi Kebangsaan Majlis Pendidikan Teknik dan Vokasional Brunei Darussalam (BDTVEC) kepada 230 graduan pengambilan ke-28.

Bagi memberkati majlis, bacaan doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Mufti.

Sebelum berangkat meninggalkan pusat berkenaan, Baginda Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada para graduan dan ahli-ahli keluarga mereka.

Penghargaan kepada graduan-graduan terbaik

Sementara itu, graduan-graduan terbaik ITB diraikan pada Majlis Makan Tengah Hari di Dewan Perpaduan, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dan turut dihadiri Yang Berhormat Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Majlis ITB.

Naib Canselor ITB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan, penganugerahan tersebut merupakan tanda pengiktirafan dan penghargaan pihak universiti di atas pencapaian dan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum yang diperoleh para graduan dan pelajar masing-masing.

“Pencapaian seperti inilah yang menjadikan abiskita sebagai pelajar contoh ITB. Terus menjadi individu yang cemerlang, berkualiti, berkemahiran, kreatif dan inovatif, berjaya dan berwawasan yang akan sentiasa memberi sokongan berterusan terhadap ITB. Di setiap kejayaan yang abiskita perolehi itu, ia juga merupakan kejayaan pada kami di ITB,” jelasnya.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan pada Majlis Makan Tengah Hari di Dewan Perpaduan, ICC, Berakas.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan pada Majlis Makan Tengah Hari di Dewan Perpaduan, ICC, Berakas.

among the other recepients of the award at yesterday presentation

Dayang Hasmillah, graduan Kelas Pertama bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Pengkomputeran Internet, penerima Anugerah Naib Canselor 2015.
Dayang Hasmillah, graduan Kelas Pertama bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Pengkomputeran Internet, penerima Anugerah Naib Canselor 2015.

 

 

Anugerah Naib Canselor 2015 dimenangi oleh Dayang Hasmillah binti Ismail, graduan Kelas Pertama bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Pengkomputeran Internet. Anugerah tertinggi ini julung-julung kali diperkenalkan dan diberikan kepada graduan yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam semua sudut termasuk pencapaian akademik di sepanjang empat tahun.

Seramai 39 penerima anugerah pelajar terbaik dalam pelbagai kategori sumbangan industri dan swasta telah menerima anugerah masing-masing yang disampaikan oleh tetamu kehormat pada majlis itu.

Buat kali pertamanya tahun ini, ITB memperkenalkan Senarai Dekan iaitu pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari tahun pertama, kedua dan ketiga program Ijazah Sarjana Muda yang telah menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang.

Seramai 20 graduan terpilih bagi menerima hadiah-hadiah Senarai Dekan yang merupakan lima peratus pelajar terbaik dalam jurusan masing-masing.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Tawaran pekerjaan bagi graduan ITB meningkat

Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah dalam sembah alu-aluannya menyatakan, ITB sentiasa mengambil berat akan ‘employability’ graduan-graduan yang dihasilkannya.

Dalam tempoh kebelakangan ini, ITB menyaksikan graduan-graduannya, ditawarkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas mereka tamat pengajian. Graduan Ijazah Sarjana Muda yang menerima tawaran kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian pada tahun ini meningkat hampir dua kali ganda berbanding bilangan pada tahun lepas, katanya.

Menurut beliau, ITB akan terus membuat tinjauan semula kurikulum dan program-program yang ditawarkan bagi memastikan ITB sentiasa berada di hadapan tuntutan dan keperluan pasaran kerja yang sentiasa berubah.

Dalam memastikan peluang pemasaran graduan, katanya, ITB menitikberatkan kepentingan pengiktirafan dari badan-badan profesional antarabangsa.

Ke arah itu, ITB telah membuat persediaan awal mengenainya di mana sasaran awal adalah akreditasi profesional Program Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran pada tahun 2016 dan seterusnya akan diikuti dengan Program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan dan Perdagangan.

Menurutnya, pelajar-pelajar kejuruteraan ITB juga diberikan peluang menjadi ahli kepada badan-badan profesional seperti PUJA, IET dan ‘Society for Petroleum Engineers’ untuk mendedahkan mereka kepada kaedah mengatasi masalah bagi isu-isu dalam alam pekerjaan.

ITB ditubuhkan pada tahun 1986 dengan mula-mula sekali menawarkan program-program BTEC (Business and Technology Education Council, UK) Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam bidang-bidang Perdagangan, Pengkomputeran dan Kejuruteraan Elektrikal dan Komunikasi.

Institut berkenaan mula menawarkan program-program Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2009 setelah dinaik taraf menjadi sebuah universiti pada 18 Oktober 2008.

Pada masa ini, ITB menawarkan 20 program Ijazah Sarjana Muda, di samping program-program Ijazah Sarjana secara Penyelidikan dan Kursus, dan Ijazah Doktor Falsafah. Sejak penubuhannya, ITB telah melahirkan sejumlah 4,713 graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan BDTVEC, 43 graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan Tahap Lima, 247 graduan Ijazah Sarjana Muda dan tiga graduan Ijazah Sarjana.

ARTIKEL YANG SAMA