Majlis konvokesyen rai 940 graduan Kolej IGS

Majlis konvokesyen rai 940 graduan Kolej IGS

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Hari ini merupakan hari bersejarah buat seramai 940 pelajar apabila bergelar graduan Kolej IGS setelah menerima sijil masing-masing di Majlis Konvokesyen Kolej IGS ke-8.

Penyampaian sijil diploma pada majlis yang berlangsung di Dewan Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan, Subok, telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Berangkat ke majlis itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah.

Turut hadir ialah Pengurus Eksekutif Kolej IGS, Pengiran Hajah Fatimah binti Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin.

Dalam konvokesyen kali ini, seramai 159 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, 121 menerima sijil Diploma Lanjutan (HND) dan 246 menerima sijil Diploma Kebangsaan & Diploma (NDS & DIT) dan 409 lagi menerima pelbagai sijil kemahiran.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah (kiri) berkenan berangkat hadir ke Malis Konvokesyen Kolej IGS ke-8.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah (kiri) berkenan berangkat hadir ke Malis Konvokesyen Kolej IGS ke-8.
Yang Berhormat Pehin menyerahkan sijil kepada salah seorang graduan.
Yang Berhormat Pehin menyerahkan sijil kepada salah seorang graduan.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyempurnakan sijil kepada para graduan Ijazah Sarjana Muda.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyempurnakan sijil kepada para graduan Ijazah Sarjana Muda.

pg08_150918_g

Awang Muhammad Izzuddin Salman Athiruddin menerima ijazahnya.
Awang Muhammad Izzuddin Salman Athiruddin menerima ijazahnya.
Dayang Nurul Amal Hafizah Yasmina Athirah Muntassir menerima ijazahnya.
Dayang Nurul Amal Hafizah Yasmina Athirah Muntassir menerima ijazahnya.
Wajah-wajah ceria tatkala menanti untuk menerima sijil masing-masing.
Wajah-wajah ceria tatkala menanti untuk menerima sijil masing-masing.

Selain daripada itu, pada majlis itu juga, Anugerah Pelajar Terbaik telah dianugerahkan kepada dua orang Graduan iaitu Dayang Nur Irni Azrina binti Haji Aziman dan Dayangku Nur Azimah binti Pengiran Haji Hamzah yang merupakan graduan Diploma Lanjutan (HND) jurusan Perniagaan dan Teknologi Maklumat yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam bidang akademik bersandarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Kolej IGS.

Manakala itu, Anugerah Tan Seri Dato’ Sri Paduka Lim Kok Wing pula diberikan kepada tiga graduan iaitu Koh Pach Chen dan Sheane Jayne V. Loh penerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Dayang Nuruljannah binti Haji Husaini dari lepasan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan sebagai pelajar-pelajar yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang (First Class Honours) bukan sahaja dari segi pencapaian akademik malah dinilai dari sudut penyertaan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.

ARTIKEL YANG SAMA