Majlis Korban Kampung Setia A dan B

Majlis Korban Kampung Setia A dan B

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Tiga ekor kerbau telah dikorbankan pada majlis ibadah korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang dianjurkan oleh Ahli Takmir Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia A dan B hari ini.

Daging-daging korban diagihkan kepada 17 orang asnaf fakir miskin dan kepada 21 orang peserta yang mengikuti majlis tersebut.

Hadir menyampaikan daging korban yang dilaksanakan selepas sembahyang Fardu Zohor itu ialah Imam Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Haji Hassan bin Haji Lusin.

Turut hadir ialah ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan dan para penerima daging korban.

Antara ahli takmir masjid yang terlibat semasa majlis tersebut.
Antara ahli takmir masjid yang terlibat semasa majlis tersebut.
Imam masjid kampung berkenaan mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima.
Imam masjid kampung berkenaan mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima.

ARTIKEL YANG SAMA