Majlis Makan Malam bertemakan batik

Majlis Makan Malam bertemakan batik

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Sempena memperingati penubuhannya yang ke-7, Pasukan Kadet Tentera Universiti Islam Sultan Sharif Ali (PKT UNISSA) telah mengadakan Majlis Makan Malam yang berlangsung di Mangrove Paradise Resort, semalam. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad. Turut hadir ialah pegawai-pegawai utama UNISSA, pemangku pegawai memerintah, pegawai kanan Askar Simpanan Melayu  Diraja Brunei (ASMDB) dan guru pengawas pasukan kadet tentera serta ahli-ahli PKT UNISSA.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan tayangan video, persembahan dakwah dan penyampaian Anugerah Pakaian Terbaik.

Majlis merupakan salah satu acara tahunan anjuran PKT UNISSA yang bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan sesama ahli kadet, para alumni PKT UNISSA, guru pengawas serta para jurulatih untuk memperingati penubuhan PKT UNISSA ke-7.

Selain itu, ia juga sebagai penghargaan kepada setiap PKT UNISSA yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan.

ARTIKEL YANG SAMA