Majlis Makan Malam Concepts Computer

Majlis Makan Malam Concepts Computer

Oleh Pg Fairol RMF

 

Sempena ulang tahunnya yang ke-16, Concepts Computer telah mengadakan Majlis Makan Malam Penghargaan yang diadakan di Dewan Brilliance, Concepts Computer, Kiulap, malam kelmarin.

Majlis dihadiri oleh para jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli korporat, kakitangan Concepts Computer dan keluarga serta para perwakilan media.

pg08_151116_d

Pada majlis itu, para jemputan dihiburkan dengan beberapa persembahan menarik dan permainan yang disediakan khas bagi kakitangan syarikat berkenaan. Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Kerja Lama kepada ahli kakitangan Concepts Computer yang menerima sijil dan hadiah.

Sebelum majlis berakhir, para jemputan berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa berupa peralatan rumah, peranti, telefon pintar, projektor dan komputer riba Acer dalam cabutan bertuah.

ARTIKEL YANG SAMA