Majlis makan malam sempena Hari ATM

Majlis makan malam sempena Hari ATM

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Majlis Makan Malam sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-82, telah diadakan di Hotel Radisson, di ibu negara, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak bin Ag Salleh serta para jemputan khas.

Majlis telah dimulakan dengan tayangan video tentang perkembangan dan kejayaan ATM sepanjang 82 tahun.

Penasihat Pertahanan Malaysia ke Brunei Darussalam, Kolonel Haji Reduan bin Haji Omar dalam ucapannya berkata, sepanjang penubuhannya, ATM telah mencapai pelbagai kejayaan dalam menjaga keamanan negara, memberi bantuan bencana alam kepada mereka yang memerlukan dan banyak lagi.

pg10_150929_b

Dato Paduka Haji Mustappa menyempurnakan pemotongan kek Hari ATM bersama pegawai kanan ketenteraan Malaysia.
Dato Paduka Haji Mustappa menyempurnakan pemotongan kek Hari ATM bersama pegawai kanan ketenteraan Malaysia.
Hadir di majlis itu ialah Dato Paduka Haji Mustappa dan Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak serta isteri dan jemputan lain.
Hadir di majlis itu ialah Dato Paduka Haji Mustappa dan Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak serta isteri dan jemputan lain.

ATM merupakan sebagai perisai negara, komited dan sentiasa mengeratkan hubungan antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Negara Brunei Darussalam.

Kedua-dua belah pihak, ujarnya, telah banyak mencapai kejayaan antaranya latihan-latihan bersama dan sebagainya.

Beliau turut menyembahkan setinggi-tinggi terima kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana telah memberikan sokongan padu yang berterusan kepada ATM dan Malaysia amnya.

ARTIKEL YANG SAMA