Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil ajuran MPK Kampung Sungai Akar

Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil ajuran MPK Kampung Sungai Akar

Oleh Haji Mohd Daud Abd Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Akar, baru-baru ini telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Bertahlil untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan juga Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.

Dalam majlis berkenaan, bacaan Surah Yasin dipimpin dan diketuai oleh Haji Syamsul Nizam bin Haji Badar, Pegawai Hal Ehwal Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar.

Antara mereka yang hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong dan Ketua Kampung Sungai Akar, Haji Ramlee bin Haji Mohd Zain. Seramai 100 para jemputan turut hadir dalam menyemarakkan lagi majlis tersebut.

Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato Seri Setia Haji Ali dan juga Ketua Kampung Sungai Akar, Haji Ramlee.
Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato Seri Setia Haji Ali dan juga Ketua Kampung Sungai Akar, Haji Ramlee.
Ahli-ahli jawatankuasa yang turut hadir dalam sama-sama membaca Surah Yasin dan Tahlil, di Kubah Makam Diraja.
Ahli-ahli jawatankuasa yang turut hadir dalam sama-sama membaca Surah Yasin dan Tahlil, di Kubah Makam Diraja.
Sesi bergambar ramai di luar Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.
Sesi bergambar ramai di luar Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL YANG SAMA