Majlis menerima mengadap Ketua Turus Pertahanan ABRS

Majlis menerima mengadap Ketua Turus Pertahanan ABRS

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS), Mejar Jeneral Perry Lim. Majlis mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman.

Beliau berada di negara ini bagi lawatan pengenalan rasmi selama tiga hari bermula 2 hingga 4 November 2015.

Hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit; Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Brunei, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Juanda bin Haji A. Rashid, Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Awang Abu Sufian bin Haji Ali; Head Joint Research (Designate) Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Kolonel Seet Uei Lim dan Komander Unit Menyelam Tentera Laut Singapura, Kolonel Tan Hong Teck.

Baginda Sultan semasa berkenan menerima mengadap Mejar Jeneral Perry Lim di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Baginda Sultan semasa berkenan menerima mengadap Mejar Jeneral Perry Lim di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Puan Lynn Lim.
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Puan Lynn Lim.

Sementara di bilik berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap isteri kepada Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Puan Lynn Lim.

Beliau diiringi oleh isteri Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim.

Hubungan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura di dalam bidang pertahanan merupakan hubungan yang sangat unggul di antara kedua-dua buah negara ini.

Lawatan pengenalan oleh Mejar Jeneral Perry Lim bertujuan untuk terus mengekalkan hubungan dua hala yang profesional dan kerjasama pertahanan di antara kedua-dua angkatan tentera, dan negara amnya.

ARTIKEL YANG SAMA