Majlis menerima mengadap perwakilan China

Majlis menerima mengadap perwakilan China

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang ini berkenan menerima mengadap Setiausaha Komiti Wilayah Hainan, Parti Komunis China dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Hainan, Tuan Yang Terutama Luo Baoming di Istana Nurul Iman.

pg01_150804_a

Mengiringi Tuan Yang Terutama Luo Baoming ialah Setiausaha Agung Pejabat Hal Ehwal Asing dan Luar Negeri China, Wilayah Hainan, Wang Sheng; Setiausaha Agung Jabatan Perhutanan Wilayah Hainan, Guan Jinping; Pengerusi Pentadbiran Zon Pembangunan Ekonomi Yangpu, Wilayah Hainan, Zhang Lei; Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Danzhou CPC dan Timbalan Setiausaha Zon Pembangunan Ekonomi Yangpu, Komiti Hainan di CPC, Yan Chaojun; Setiausaha Komiti Daerah Ledong, CPC, Lin Beichuan; dan Pengerusi Zhejiang Hengyi Sdn Bhd, Qiu Jianlin.

Turut hadir di majlis mengadap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

ARTIKEL YANG SAMA