Majlis Mini Reunion Bekas Pekerja Hotel Sheraton

Majlis Mini Reunion Bekas Pekerja Hotel Sheraton

Oleh Norizan Mushid

 

SEKITAR awal tahun 80an, terdapat ramai tenaga kerja dari luar negeri yang diambil bekerja di Hotel Sheraton Utama Brunei ( kini di kenali dengan nama Hotel Raddison ) memandangkan di ketika itu belum ramai anak-anak tempatan yang berkelulusan dalam bidang perhotelan dan penyediaan makanan.

Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Mini Reunion Bekas Pekerja Hotel Sheraton Utama di mana dalam majlis tersebut seorang bekas pekerja hotel bernama Awang Shaharuddin bin Abu Bakar telah diraikan bersama-sama dengan isteri dan ibu beliau.

Dijalankan dengan begitu sederhana

Majlis yang dijalankan dengan sederhana itu telah di adakan di rumah Haji Nik Ismail dan Hajah Nasarah Ahmad yang juga bekas pekerja Sheraton Utama. Menurut salah seorang rakan Shah, Awang Mohammad Zainal Abidin Ariff, Shah sebenarnya mengidap kanser tetapi masih boleh berjenaka dan semangat beliau amat kuat untuk datang dari Pulau Pinang dan bertemu dengan rakan-rakan lama di Negara Brunei Darussalam.

Semangat kental Shah wajar dijadikan contoh kepada ramai pesakit kanser yang lain di mana detik waktu yang masih ada wajar di isi dengan sesuatu yang bermakna seperti menjalin kembali hubungan silaturahim yang telah lama terputus. Sesungguhnya ajal rezeki dan maut itu, semuanya ketentuan daripadaNya.

Majlis Mini Reunion Bekas Pekerja Hotel Sheraton diadakan dengan begitu sederhana dan masih memberikan kenangan yang manis buat mereka semua.
Majlis Mini Reunion Bekas Pekerja Hotel Sheraton diadakan dengan begitu sederhana dan masih memberikan kenangan yang manis buat mereka semua.

ARTIKEL YANG SAMA