Majlis PBB akan bincang krisis Kemanuasiaan Korea Utara

Majlis PBB akan bincang krisis Kemanuasiaan Korea Utara

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 4 Dis (AFP) – Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat bulan ini untuk membincangkan pencabulan hak asasi kemanusiaan di Korea Utara, sesi kedua seumpamanya, menurut misi Amerika Syarikat (AS) ke PBB, kelmarin.

Sembilan anggota Majlis Keselamatan termasuk Britain, Perancis dan Amerika Syarikat menuntut mesyuarat itu dalam surat yang disampaikan kepada presiden majlis bulan ini, Duta AS, Samantha Power, meningkatkan tekanan ke atas kerajaan yang cukup berahsia itu.

“Kami percaya ia adalah kritikal bagi majlis itu untuk terus mendedahkan penderaan di Korea Utara dan berbincang dengan tetap tentang situasi hak asasi kemanusiaan DPRK,” ujarnya.

Jurucakap misi AS, Hagar Chemali mengatakan Amerika Syarikat akan bekerja dengan secepat mungkin untuk menjadualkan mesyuarat itu.

Tahun lepas, sekutu tunggal Pyongyang, China berusaha untuk menyekat pertemuan pertama kali berhubung isu itu dengan meletakkannya dalam agenda.

Bagaimanapun, majoriti anggota majlis menyokong langkah itu dan mesyuarat itu diteruskan, membuatkan Korea Utara berang.

Permintaan mesyuarat tahun ini dibuat oleh Britain, Chile, Perancis, Jordan, Lithuania, Malaysia, New Zealand, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Ia masih tidak jelas sama ada China akan berusaha untuk menahan undian untuk mendaftar ketidaksetujuannya dengan keputusan untuk membincangkan rekod hak asasi kemanusiaan Pyongyang.