Majlis Pejabat Terbuka Concepts Computer

Majlis Pejabat Terbuka Concepts Computer

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Bersempena Hari Raya Aidilfitri, Syarikat Concepts Computer baru-baru ini, telah mengadakan majlis pejabat terbuka bagi para jemputan dan ahli-ahli korporatnya yang diadakan di Bilik Brilliance, Concepts Computer, Kiulap.

Majlis yang bermula dari 11 pagi hingga 2 petang itu diserikan dengan hidangan istimewa di samping bersilaturahim bersama kakitangan dan juga para pengunjungnya.

Menurut Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman, majlis berkenaan sebagai menyambut bulan Syawal dan memberi penghargaan kepada pelanggan sambil mengeratkan lagi silaturahim di antara kakitangan, pelanggan dan ahli-ahli korporat yang setia sehingga kini.

Pengurus Besar Concepts Computer, Vicent Pao bergambar ramai bersama ahli kakitangannya.
Pengurus Besar Concepts Computer, Vicent Pao bergambar ramai bersama ahli kakitangannya.

ARTIKEL YANG SAMA