Majlis Pejabat Terbuka Insurans Islam TAIB

Majlis Pejabat Terbuka Insurans Islam TAIB

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Walaupun bulan Syawal semakin dekat ke penghujungnya, Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi meriah diraikan terutamanya dengan majlis-majlis rumah terbuka, bukan sahaja oleh pihak-pihak persendirian malah syarikat-syarikat korporat.

Insurans Islam TAIB yang merupakan anak syarikat Perbadanan TAIB, adalah antara yang mengadakan majlis pejabat terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club Jerudong, di sini, petang tadi.

Kira-kira 500 orang rakan niaga, rakan kongsi dan ramai lagi telah dijemput ke majlis berkenaan.

Antara yang hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, yang juga selaku Pengerusi Perbadanan TAIB bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi (dua dari kanan) dan Haji Osman (paling kanan) hadir pada Majlis Pejabat Terbuka Insurans Islam TAIB, petang kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi (dua dari kanan) dan Haji Osman (paling kanan) hadir pada Majlis Pejabat Terbuka Insurans Islam TAIB, petang kelmarin.
Suasana pada majlis tersebut.
Suasana pada majlis tersebut.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran, Insurans Islam TAIB, ketika ditemui berkata, majlis berkenaan bukan sahaja untuk menghargai para klien dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri malah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada.

Selain itu, tambah beliau, ia juga sebagai aktiviti untuk bersosialisasi dan berangkaian antara satu sama lain.

Dengan adanya majlis seperti ini juga ianya diharap akan dapat mengeratkan tali silaturahim sesama mereka disamping mendengarkan dan berbincang mengenai permasalahan yang berbangkit secara tidak formal.