Majlis Pembukaan Tadarus Menteri Hal Ehwal Ugama

Majlis Pembukaan Tadarus Menteri Hal Ehwal Ugama

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang suci ini, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus di kediamannya, Jalan Kota Batu.

Turut hadir pada majlis tadarus berkenaan ialah para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin dan diikuti dengan tadarus Al-Quran beramai-ramai.

Seterusnya bacaan Tahlil dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Mohd Hanapi bin Haji Zaini.

Acara keagamaan seumpama ini giat dijalankan di negara ini bagi menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan.

ARTIKEL YANG SAMA