Majlis Penghargaan Hotel Parkview

Majlis Penghargaan Hotel Parkview

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Sebagai penghargaan kepada pihak korporat, persatuan dan media, Hotel Parkview semalam telah mengadakan majlis penghargaan yang telah berlangsung di Dewan Barakah, Hotel Parkview.

Hadir di majlis itu, malam tadi, ialah Pengarah Eksekutifnya, Awang Hambali bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh serta jemputan-jemputan khas.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Awang Hambali berkata, majlis itu julung-julung kalinya diadakan bagi menunjukkan rasa setinggi-tinggi penghargaan dan melahirkan perasaan terima kasih terhadap sokongan yang telah diberikan oleh pihak korporat-korporat, persatuan dan media tempatan di negara ini terhadap kejayaan hotel tersebut lebih-lebih lagi dalam membangun sektor pelancongan negara ini.

Awang Hambali bersama Meria Aires semasa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang telah disaksikan oleh Tan Kah Boon.
Awang Hambali bersama Meria Aires semasa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang telah disaksikan oleh Tan Kah Boon.
Awang Hambali semasa menyampaikan ucapan.
Awang Hambali semasa menyampaikan ucapan.
Antara yang hadir di majlis tersebut.
Antara yang hadir di majlis tersebut.

Majlis berkenaan juga menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) penyanyi tempatan, Meria Aires yang dilantik menjadi duta bagi mewakili Hotel Parkview. Menandatangani MoU bagi pihak hotel ialah Awang Hambali dan disaksikan oleh Pengarah Urusan, Tan Kah Boon.

Majlis penghargaan itu telah diserikan lagi dengan pelbagai persembahan menarik dan juga cabutan bertuah kepada para jemputan yang hadir.

ARTIKEL YANG SAMA