Majlis penutup Eksesais BRUMAL SETIA Siri 13/2016

Majlis penutup Eksesais BRUMAL SETIA Siri 13/2016

TUTONG, 25 Sept – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, dan Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, semalam telah menyempurnakan Majlis Penutup Eksesais BRUMAL SETIA Siri 13/2016, yang berlangsung di Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan pertunjukan serangan akhir eksesais yang diikuti dengan tabik hormat yang dipimpin oleh Mejar Muhd Suwardi Ariffin bin PDLDP Haji Abdul Latip.

Penutupan rasmi BRUMAL SETIA 13/2016 ditandakan dengan majlis penyerahan bendera eksesais dan bacaan doa bagi memberkati upacara berkenaan.

Majlis juga diisi dengan penyampaian ucapan oleh Pemerintah TDDB dan Panglima TDM.

Pemerintah TDDB dan Panglima TDM semasa majlis penutup Eksesais BRUMAL SETIA Siri 13/2016.
Pemerintah TDDB dan Panglima TDM semasa majlis penutup Eksesais BRUMAL SETIA Siri 13/2016.
Antara anggota tentera yang menyertai eksesais tersebut.
Antara anggota tentera yang menyertai eksesais tersebut.

Eksesais yang berlangsung pada 15 hingga 21 September 2016 itu disertai oleh unit-unit dari Kompeni A Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB) dan Kompeni C, 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), dengan melibatkan seramai 318 anggota dari kedua-dua angkatan tentera darat.

Eksesais ini bertujuan untuk mempertingkatkan ‘interoperability’, mengukuhkan kesefahaman bersama dan melanjutkan hubungan baik antara kedua-dua angkatan tentera darat.

Tahun ini merupakan eksesais ke-13, sejak pertama kali diadakan pada tahun 1993.

ARTIKEL YANG SAMA