Majlis penutup malam Dikir Maulidur Rasul senegara

Majlis penutup malam Dikir Maulidur Rasul senegara

Oleh Yusrin Junaidi, Mohamad Asyramisyanie, Syahmi Hassan, Anwar Rosly & Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis – Laungan gema selawat dan Dikir Maulud yang diadakan selama 12 malam berturut-turut berakhir malam ini dengan majlis-majlis penutup dikir di masjid-masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara, sebelum perhimpunan besar sebagai acara kemuncak Sambutan Maulidur Rasul di keempat-empat daerah esok.

Rombongan Kementerian Pendidikan yang telah mengadakan majlis dikir ke masjid-masjid telah menutup acara mereka di Masjid Kampung Sungai Hanching, yang dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Sementara itu, rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) juga mengakhiri majlis dikir di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara dan dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku tetamu kehormat.

Rombongan Kementerian Perhubungan pula mengadakan majlis penutup dikir ke masjid-masjid pada tahun ini di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei yang dihadiri oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan ketika menghadiri Majlis Penutup Dikir Maulud di Masjid Kampung Sungai Hanching.
Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan ketika menghadiri Majlis Penutup Dikir Maulud di Masjid Kampung Sungai Hanching.
Menteri Hal Ehwal Ugama bersama jemaah masjid melaungkan bacaan Dikir Syarafil Anam pada Majlis Penutup Dikir Maulud di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.
Menteri Hal Ehwal Ugama bersama jemaah masjid melaungkan bacaan Dikir Syarafil Anam pada Majlis Penutup Dikir Maulud di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.
Menteri Perhubungan bersama para jemaah masjid menyertai bacaan Dikir Maulud di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Menteri Perhubungan bersama para jemaah masjid menyertai bacaan Dikir Maulud di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ketika menghadiri Majlis Penutup Dikir Maulud yang diadakan di Surau Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison, Berakas.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Haji Azhar bin Haji Ahmad, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan serta kakitangan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis penutup dikir turut berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, di Bolkiah Garison, Berakas yang dihadiri oleh para pegawai, ahli eksekutif komiti pertahanan, kakitangan dan para jemputan lainnya.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang turut diserikan dengan ceramah keagamaan bertajuk ‘Living by The Sunnah of Rasulullah S.A.W’ itu ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong, Pasukan Polis Diraja Brunei turut mengadakan majlis seumpamanya dan hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor dan isteri, Datin Hajah Rosminah binti Haji Abdul Hamid.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Mohd Shah Al-lslam, para pengarah, pegawai pemerintah dan pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei serta jemputan lainnya.

Majlis Penutup Dikir Maulud yang diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong yang dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis.
Majlis Penutup Dikir Maulud yang diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong yang dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis.
Pemangku Pegawai Daerah Tutong bersama para jemaah Masjid Hassanal Bolkiah, Tutong memeriahkan lagi Majlis Penutup Dikir Maulud.
Pemangku Pegawai Daerah Tutong bersama para jemaah Masjid Hassanal Bolkiah, Tutong memeriahkan lagi Majlis Penutup Dikir Maulud.
Pegawai Daerah Belait bersama para jemaah Masjid RPN Kampung Pandan pada Majlis Penutup Dikir Maulud.
Pegawai Daerah Belait bersama para jemaah Masjid RPN Kampung Pandan pada Majlis Penutup Dikir Maulud.
Para jemaah menunaikan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah sebelum memulakan bacaan Dikir Maulud.
Para jemaah menunaikan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah sebelum memulakan bacaan Dikir Maulud.

SONY DSC

Antara jemaah masjid yang sama-sama memeriahkan lagi Majlis Penutup Dikir Maulud.
Antara jemaah masjid yang sama-sama memeriahkan lagi Majlis Penutup Dikir Maulud.

Manakala itu di Daerah Belait, Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Daerah Belait dan Jawatankuasa Takmir Masjid RPN Kampung Pandan telah mengadakan majlis serupa di masjid berkenaan.

Majlis dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin selaku Ketua Kampung Mumong, dan Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad selaku Ketua Kampung Lumut I, serta Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman, Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Taib, ketua-ketua jabatan cawangan Daerah Belait, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid serta penduduk kampung di sekitarnya.

Di Daerah Tutong pula, majlis seumpamanya turut berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah anjuran Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Maulud Nabi Peringkat Daerah Tutong dan dihadiri oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam.

ARTIKEL YANG SAMA