Majlis penutup program komuniti UMS

Majlis penutup program komuniti UMS

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Rombongan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini, telah mengakhiri Program Komuniti ‘Mahasiswa berinovasi perintis transformasi komuniti’ dengan majlis penutup dan malam kebudayaan di Kampung Bebuloh.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara merangkap Ketua Kampung Putat, Yang Berhormat Haji Jumat bin Akim yang turut berkesempatan menyampaikan ucapan dan menutup rasmi program itu.

Majlis turut menyaksikan ucapan oleh Pengarah Program berkenaan, Zaid Hanafi Zulkifli sebelum diteruskan dengan ucapan Ketua Kampung Bebuloh, Haji Mohammad Sa’id bin Tundak dan ucapan pensyarah kanan Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS, Profesor Madya Mat Zin Mat Kib.

Sejurus selepas acara rasmi, program diteruskan pula dengan penyampaian cenderamata kepada organisasi yang terlibat dan kepada tetamu kehormat majlis sebelum acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan.

Yang Berhormat Haji Jumat ketika menyampaikan ucapan pada majlis penutup program berkenaan.
Yang Berhormat Haji Jumat ketika menyampaikan ucapan pada majlis penutup program berkenaan.
Rombongan dari UMS dan antara tetamu yang lain hadir di majlis penutup itu.
Rombongan dari UMS dan antara tetamu yang lain hadir di majlis penutup itu.

ARTIKEL YANG SAMA