Majlis penutup Tadarus, Khatam Al-Quran KHEU

Majlis penutup Tadarus, Khatam Al-Quran KHEU

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Penutup Tadarus dan Khatam al-Quran dalam usaha menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia ini.

Majlis yang diadakan di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang itu dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman selaku tetamu kehormat.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap, Dato Seri Setia Haji Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof dan Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Harun bin Haji Junid, pengarah, pegawai kanan, kakitangan KHEU dan para jemaah masjid tersebut.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, disusuli kemudian dengan bacaan khatam dan bacaan tahlil.

Tetamu kehormat (kedua dari kiri) mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah.
Tetamu kehormat (kedua dari kiri) mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah.

Ini diikuti dengan upacara menyampaikan sumbangan wakaf oleh tetamu kehormat kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Nuzli bin Haji Jumat.

Majlis kemudian diteruskan dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, berbuka puasa beramai-ramai, sembahyang fardu Maghrib berjemaah dan disusuli dengan menikmati jamuan.

ARTIKEL YANG SAMA