Majlis penyampaian hadiah pertandingan menghafaz Al-Quran

Majlis penyampaian hadiah pertandingan menghafaz Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Jun – Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Menghafaz Surah-surah Pilihan berserta Pemahaman bagi Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Peringkat Daerah Tutong telah diadakan pagi tadi di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Pertandingan berkenaan dibahagikan kepada enam kategori iaitu Kategori Kanak-kanak Lelaki, Kategori Kanak-kanak Perempuan, Kategori Remaja Lelaki, Kategori Remaja Perempuan, Ketagori Lelaki Dewasa dan Ketagori Perempuan Dewasa.

Johan bagi Kategori Kanak-kanak Lelaki ialah Awang Muhammad Al-Farobi bin Ma’mun dan Dayang Nur ‘Ameera Hafeezah binti Shahraimi Kategori Kanak-kanak Perempuan, Kategori Remaja Lelaki dan Perempuan pula masing-masing dimenangi Awang Abdul Wafiy bin Haji Abdul Kadiroshman dan Dayang Fatin Nurhanani binti Haji Mohdar.

Manakala itu, juara Kategori Dewasa Lelaki pula disandang oleh Awang Abdul Rashid bin Haji Hamdan dan Kategori Perempuan Dewasa dijuarai oleh Dayang Norhayati binti Haji Abdullah.

Johan bagi setiap ketagori menerima wang tunai dan piala iringan dan akan mewakili Daerah Tutong ke pertandingan peringkat akhir kebangsaan.

Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Menghafaz Surah-surah Pilihan berserta Pemahamannya bagi kategori kanak-kanak lelaki dan perempuan yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Menghafaz Surah-surah Pilihan berserta Pemahamannya bagi kategori kanak-kanak lelaki dan perempuan yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

pg08_160623_e

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, pegawai-pegawai kanan kerajaan, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung Daerah Tutong.

Antara lain tujuan pertandingan ini adalah untuk mengambil sukut baik dan berkat bulan Ramadan dalam menyemarakkan serta memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun.

Selain itu, ia juga diadakan bagi menanam rasa cinta kepada Al-Quran, di samping menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan harian dengan memahami isi dan tafsiran yang terkandung serta mendokong hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagi sebuah Negara Zikir.

ARTIKEL YANG SAMA