Majlis Penyampaian PIP JIPK

Majlis Penyampaian PIP JIPK

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai Pemberian PIP dan garis di bahu bagi pegawai-pegawai Imigresen merupakan satu penghargaan kepada para pegawai yang telah dinilai serta mempunyai prestasi yang sangat membanggakan sepan-jang perkhidmatan mereka.

Ia juga merupakan salah satu daripada kegiatan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) sempena Ulang Tahun Hari Penubuhan JIPK yang ke-58 yang disambut pada 1 Julai lalu.

Sehubungan dengan itu, para pegawai yang menerima PIP dan garis di bahu diraikan pada Majlis Penyampaian PIP, Garis di Bahu bagi Pegawai-pegawai Imigresen Kanan dan Pegawai Imigresen serta penyampaian sumbangan kepada pegawai-pegawai imigresen yang ber-tugas pada Hari raya pertama yang berlangsung di Bilik Serba Guna, Tingkat 3, Ibu Pejabat JIPK, Jalan Menteri Besar, hari ini.

Hadir di majlis berkenaan untuk menyempurnakan pe-nyampaian PIP dan garis di bahu serta sumbangan kepada pegawai-pegawai imigresen ialah Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Azmi bin Haji Hafneh.

Awang Azmi menyempurnakan penyampaian PIP dan Garis di bahu kepada para penerima.
Awang Azmi menyempurnakan penyampaian PIP dan Garis di bahu kepada para penerima.
Awang Azmi menyampaikan sumbangan kepada pegawai-pegawai imigresen yang bertugas pada hari raya pertama.
Awang Azmi menyampaikan sumbangan kepada pegawai-pegawai imigresen yang bertugas pada hari raya pertama.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh Pegawai Imigresen Kanan, Haji Razmi bin Haji Abdul Rashid.

Di majlis berkenaan, seramai 10 orang pegawai imigresen kanan menerima tiga PIP hiasan di bahu, lapan orang menerima dua PIP manakala 41 orang pegawai imigresen menerima tiga garis hiasan di bahu, 13 orang menerima dua garis hiasan dan 12 orang menerima satu garis hiasan.

ARTIKEL YANG SAMA