Majlis perkongsian ilmu inisiatif bantu pengusaha

Majlis perkongsian ilmu inisiatif bantu pengusaha

TEMBURONG, 28 Jan – Enam orang penuntut Tahun Akhir Jurusan Perakaunan Politeknik Brunei baru-baru ini mengadakan satu majlis perkongsian ilmu bersama penduduk Kampung Rataie.

Kedatangan mereka dialu-alukan oleh Ketua Kampung Rataie, Haji Ali bin Radin.

Dalam majlis itu, satu taklimat mengenai perakaunan disampaikan oleh penuntut Tahun Akhir Perakaunan, Awang Mohammad Erwindie bin Abdul Rahim yang menjelaskan tatacara betul mengendalikan akaun agar perusahaan lebih berdaya saing. Turut dikongsi ialah Sistem Buku Catatan MPK Rataie kepada Sistem Berkomputer yang dikendalikan oleh Biro Wanita MPK Rataie.

Majlis Perkongsian merupakan salah satu inisiatif institut itu membantu dan membimbing para pengusaha yang terlibat dalam 1 Kampung 1 Produk di seluruh negara, selain tugasan projek akhir tahun bagi penuntut berkenaan sebelum menamatkan pengajian. – Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Haji Ali dalam sesi kongsi sama di Dewan Bokok, RPN Kampung Rataie.
Haji Ali dalam sesi kongsi sama di Dewan Bokok, RPN Kampung Rataie.
Sesi taklimat daripada salah seorang penuntut Tahun Akhir dalam bidang Perakaunan.
Sesi taklimat daripada salah seorang penuntut Tahun Akhir dalam bidang Perakaunan.

ARTIKEL YANG SAMA