Majlis pertemuan diiringi kesyahduan

Majlis pertemuan diiringi kesyahduan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Majlis pertemuan semula bekas pelajar Sekolah Rendah Pusar Ulak tahun 1973 dan Sekolah Menengah (SM) Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) tahun 1974-1978 diselubungi penuh kesyahduan apabila satu persatu nama-nama rakan sebaya yang telah kembali ke rahmatullah disebut dalam bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

Segelintir rakan-rakan yang hadir turut mengalirkan air mata ketika bacaan Surah Yasin dibacakan beramai-ramai yang dipimpin Awang Jamil Aman dengan majlis yang berlangsung di sebuah restoran di Kiulap.

Majlis yang menghimpunkan seramai 61 orang bekas pelajar berkenaan itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai Penghulu Mukim Kota Batu, Haji Naim bin Haji Kamis juga merupakan bekas pelajar SM SMJA.

Menurut pengerusi majlis, pertemuan itu diadakan setelah lebih 30 tahun terpisah dan dengan kemudahan teknologi terkini akhirnya kesemua rakan sebaya dapat dihubungi dan berkumpul pada malam ini.

Pertemuan antara rakan-rakan sekelas menggamit kenangan sewaktu zaman persekolahan dahulu.
Pertemuan antara rakan-rakan sekelas menggamit kenangan sewaktu zaman persekolahan dahulu.
Bekas pelajar Sekolah Rendah Pusar Ulak tahun 1973 dan SM SMJA tahun 1974-1978 bergambar ramai sebagai kenang-kenangan setelah lebih 30 tahun tidak bertemu.
Bekas pelajar Sekolah Rendah Pusar Ulak tahun 1973 dan SM SMJA tahun 1974-1978 bergambar ramai sebagai kenang-kenangan setelah lebih 30 tahun tidak bertemu.

Beliau yang turut menyentuh mengenai tujuan majlis yang membawa tema ‘My Classmate’ itu, adalah untuk melaksanakan perkara berkebajikan terutama yang bercorak keagamaan, berkebajikan di samping akan mengadakan pertemuan seterusnya pada masa hadapan untuk mengeratkan lagi silaturahim.

Pada akhir majlis, sesi beramah mesra dengan sahabat dan rakan-rakan yang hadir telah ditutup dengan doa selamat yang dipimpin oleh Awang Razak bin Haji Yakub.

ARTIKEL YANG SAMA