Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang Polis Wanita

Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang Polis Wanita

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan yang juga Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini.

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Pegawai Penguasa Kanan Polis Masni binti Haji Jamil, selaku pengerusi majlis berserta ahli-ahli jawatankuasa majlis.

Sejurus keberangkatan, Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani slip lembaran keberangkatan dan seterusnya dijunjung untuk beramah mesra bersama ahli-ahli jawatankuasa Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang. Di dewan santap, Yang Teramat Mulia berkenan memotong kek.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan yang juga Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei berkenan beramah mesra bersama pegawai dan anggota polis wanita semasa Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong, kelmarin.

Yang Teramat Mulia berkenan memotong kek.
Yang Teramat Mulia berkenan memotong kek.
Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai semasa berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang yang disembahkan oleh Polis Wanita di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai semasa berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang yang disembahkan oleh Polis Wanita di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Salah satu persembahan semasa Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang kelmarin.
Salah satu persembahan semasa Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang kelmarin.

Sejak menjawat jawatan sebagai Komandan Polis Wanita pada tahun 1975, Yang Teramat Mulia menjadi inspirasi kepada pasukan polis wanita untuk lebih maju sebagai wanita berkerjaya mempraktikkan semangat berdaya saing yang sihat serta profesionalisme yang tinggi.

Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang itu disembahkan oleh pegawai dan anggota polis wanita dan telah dihadiri oleh lebih 250 orang termasuk pegawai-pegawai polis wanita yang telah bersara, jemputan-jemputan khas, anggota pangkat rendah serta pegawai dan kakitangan awam dari pelbagai jabatan dan formasi.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Yang Teramat Mulia juga berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai serta anggota polis wanita bersama para jemputan khas.

ARTIKEL YANG SAMA