Majlis Ramah Mesra Mantan Intek 40

Majlis Ramah Mesra Mantan Intek 40

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Seramai 150 orang mantan jurulatih Pengambilan 40 Asgar Melayu Brunei Darussalam (AMBD), sekarang Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berserta isteri dan sebahagian keluarga menghadiri Majlis Ramah Mesra Berhari Raya Mantan Intek 40 (1976-2016), sempena ulang Tahun ke-40 pengambilan itu, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di salah sebuah restoran di Jalan Tungku Link, di sini, anjuran MPK Kawasan 4 RPN Lambak Kanan Mukim Berakas B itu ialah Ketua Kampung Kawasan 4 RPN Lambak Kanan, Haji Jumat bin Nasir.

Antara yang hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Indera Negara Lt. Kol (B) Dato Paduka Haji Ariffin bin Dato Paduka Haji Abd Wahab iaitu mantan Pegawai Pemerintah Pusat Latihan 1976, bersama Kol (B) Haji Ramli bin Haji Kampung iaitu mantan Timbalan Pemerintah Rekrut Kompeni 1976.

Antara mantan jurulatih Pengambilan 40 AMBD yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Berhari Raya.
Antara mantan jurulatih Pengambilan 40 AMBD yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Berhari Raya.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Begawan Mudim Haji Mohd Salleh bin Haji Damit diikuti dengan ucapan penghargaan dan alu-aluan daripada pengerusi majlis, seterusnya bacaan Tahlil bagi mantan intek 40 yang telah kembali ke rahmatullah.

Majlis pada malam itu juga diserikan dengan bacaan doa selamat dan kesyukuran diikuti dengan cabutan bertuah, dan seterusnya menikmati jamuan.

ARTIKEL YANG SAMA