Majlis Ratib Al-Attas belia Masjid Kampung Salambigar

Majlis Ratib Al-Attas belia Masjid Kampung Salambigar

Oleh Salawati Haji Yahya

 

RATIB Al-Attas memberi banyak faedah bagi setiap umat Islam yang mengamalkannya, antaranya dipelihara oleh Allah S.W.T daripada terkena sihir serta terlindung daripada penyakit dan bala.

Sementara itu, Majlis Membaca Ratib Al-Attas bagi Belia dan Beliawanis Masjid Kampung Salambigar Zon 2B sempena sambutan Israk Mikraj bagi tahun ini berlangsung di majlis berkenaan hari ini.

Majlis Membaca Ratib Al-Attas itu melibatkan 300 pelajar sekolah rendah dan menengah dari lima buah sekolah di sekitar kawasan zon berkenaan.

Pada majlis itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh hadir menyertai majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Salambigar.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid turut serta dalam pembacaan Ratib Al-Attas di Masjid Kampung Salambigar.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid turut serta dalam pembacaan Ratib Al-Attas di Masjid Kampung Salambigar.

Bacaan Ratib Al-Attas dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Kampung Salambigar, Haji Abdul Halim bin Haji Bungsu.

Membaca ratib Al-Attas ini juga akan memberi keamanan dan keselamatan bagi rumahtangga dan penghuni daripada kebakaran, kecurian dan sebagainya selain ia juga sering dibaca sesudah solat Maghrib dan Subuh.

Dengan adanya majlis ini, ia dapat mengeratkan lagi silaturahim kalangan belia dan pegawai serta kakitangan jabatan berkenaan menyemarakkan syiar Islam di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA