Majlis Ratib Al-Attas sempena persiapan Hari Keputeraan

Majlis Ratib Al-Attas sempena persiapan Hari Keputeraan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun, hari ini, telah mengadakan Majlis Membaca Ratib Al-Attas Sempena Persiapan Majlis Keberangkatan Baginda Sultan ke Daerah-Daerah bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk.

Hadir pada majlis yang berlangsung di Surau Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), di ibu negara, itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70 Tahun.

Turut hadir ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, selaku Penasihat Tertinggi Jawatankuasa Kebangsaan; Setiausaha Tetap di KHEDN, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam yang juga selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan; setiausaha-setiausaha tetap; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah selaku Ahli Jawatankuasa Kebangsaan; timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEDN; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; ketua-ketua jabatan dan timbalan ketua jabatan, para pegawai kanan di KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para jemputan.

Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar, dan ahli jawatankuasa-jawatankuasa kebangsaan yang lain hadir di Majlis Membaca Ratib Al-Attas berkenaan.
Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar, dan ahli jawatankuasa-jawatankuasa kebangsaan yang lain hadir di Majlis Membaca Ratib Al-Attas berkenaan.
Majlis telah didahului dengan sembahyang sunat Hajat berjemaah diikuti dengan sembahyang fardu Asar berjemaah.
Majlis telah didahului dengan sembahyang sunat Hajat berjemaah diikuti dengan sembahyang fardu Asar berjemaah.

Majlis didahului dengan sembahyang sunat Hajat berjemaah diikuti dengan sembahyang fardu Asar berjemaah dan seterusnya bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Tingkat l dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

Majlis Membaca Ratib Al-Attas ini bertujuan untuk memohon ke hadrat Allah SWT bagi rahmat, nikmat keselamatan, keberkatan, kesempurnaan dan kelancaran majlis-majlis dan acara sambutan perayaan yang akan diadakan di seluruh negara.

ARTIKEL YANG SAMA