Majlis Resepsi di Kapal ROKS

Majlis Resepsi di Kapal ROKS

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, malam tadi, menghadiri Majlis Resepsi di Kapal Republik Korea (ROKS) Choi Young yang berlabuh di Pelabuhan Muara.

Kapal berkenaan berada di negara ini untuk menyertai Eksesais Sekuriti Maritim dan Pencegahan Pengganasan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM Plus MS & CT).

Turut hadir ialah Duta Besar Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; dan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz semasa menyampaikan ucapannya pada majlis makan malam itu.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz semasa menyampaikan ucapannya pada majlis makan malam itu.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih turut hadir pada majlis resepsi itu.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih turut hadir pada majlis resepsi itu.
Antara yang hadir pada Majlis Resepsi di atas Kapal ROKS Choi Young.
Antara yang hadir pada Majlis Resepsi di atas Kapal ROKS Choi Young.

Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz dalam ucapannya melahirkan perasaan gembira dan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang telah diberikan daripada tentera laut Korea dalam sama-sama menjayakan Eksesais ADMM Plus MS & CT ini.

Kapal ROKS Choi Young pada masa ini mempunyai 302 kru kapal dan sejak lima bulan lalu kapal itu telah melindungi kapal-kapal dagang daripada lanun di Teluk Aden, di Laut Arab.

Sebelum belayar pulang ke Korea Selatan, kapal tersebut akan menuju ke Singapura untuk mengambil pasukan Visit Board Search and Seizure (VBSS).

ARTIKEL YANG SAMA