Majlis Resepsi Hari Kemerdekaan ke-58

Majlis Resepsi Hari Kemerdekaan ke-58

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam, hari ini, meraikan Hari Kemerdekaan ke-58 tahun dengan majlis resepsi yang diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dan isteri, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman.

Kehadiran tetamu kehormat dan para jemputan ke majlis itu dialu-alukan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Awang Sahak bin Awang Salleh serta isteri.

Dalam ucapan alu-aluannya, Tuan Yang Terutama telah menyatakan komitmen Malaysia dalam memperkukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala bersama Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan isteri hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan isteri hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan TYT Datuk Awang Sahak serta duta lain yang hadir sama-sama memotong kek Sambutan Hari Kemerdekaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan TYT Datuk Awang Sahak serta duta lain yang hadir sama-sama memotong kek Sambutan Hari Kemerdekaan.

Tuan Yang Terutama turut menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerajaan Baginda atas sokongan berterusan yang diberikan kepada syarikat-syarikat serta warga Malaysia di negara ini.

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan kedua-dua buah negara sebelum bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.

Majlis turut menyaksikan Yang Berhormat Pehin dan Tuan Yang Terutama berserta para perwakilan negara-negara ASEAN memotong kek sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-58, yang jatuh pada 31 Ogos.

ARTIKEL YANG SAMA