Majlis Resepsi Hari Pertahanan Pakistan

Majlis Resepsi Hari Pertahanan Pakistan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Resepsi sempena Hari Pertahanan Pakistan ke-51 yang berlangsung di Dewan Utama Indera Samudra, Empire Hotel & Country Club, di Jerudong, malam ini.

Majlis resepsi berkenaan telah dihadiri oleh Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei selaku Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah duta-duta besar Republik Turki, Arab Saudi, Iran dan China ke Negara Brunei Darussalam serta para jemputan yang lain.

Tetamu kehormat menerima cenderahati daripada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam.
Tetamu kehormat menerima cenderahati daripada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan.

Kemudian, majlis diteruskan dengan tayangan dokumentari mengenai Hari Pertahanan Pakistan dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey. Majlis turut menyaksikan Ahmed Ali Sirohey menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat sebelum para tetamu menikmati jamuan yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA