Majlis resepsi Kor Diplomatik

Majlis resepsi Kor Diplomatik

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Kor Diplomatik di Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan majlis resepsi tengah hari bagi meraikan dua orang ketua perwakilan negara asing yang akan menamatkan perkhidmatan ke negara ini.

Dua orang perwakilan asing yang diraikan pada majlis yang berlangsung di Restoran Nur Wanita, Serasa, itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Tuan Yang Terutama Datuk Haji Ag Sahak bin Haji Ag Salleh dan Duta Besar Republik India, Tuan Yang Terutama Dr. Ashok Kumar Amrohi.

Majlis resepsi tersebut turut dihadiri oleh duta-duta besar dan pesuruhjaya tinggi luar negara ke Brunei serta para jemputan.

Duta Besar Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Chhay Sokhan selaku Doyen Kor Diplomatik dalam ucapannya meluahkan perasaan sedih mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sejawatannya serta mendoakan semoga kedua-duanya akan sentiasa sihat dan gembira serta berjaya dalam kerjaya masing-masing pada masa akan datang.

Pada majlis itu, TYT Datuk Haji Ag Sahak dan TYT Dr. Ashok Kumar Amrohi turut diberikan cenderamata daripada Kor Diplomatik.

Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak (kiri) menerima cenderamata daripada Doyen Kor Diplomatik.
Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak (kiri) menerima cenderamata daripada Doyen Kor Diplomatik.
Tuan Yang Terutama Dr. Ashok Kumar Amrohi (kiri) menerima cenderamata daripada Doyen Kor Diplomatik.
Tuan Yang Terutama Dr. Ashok Kumar Amrohi (kiri) menerima cenderamata daripada Doyen Kor Diplomatik.

Majlis diteruskan dengan jamuan tengah hari dan sesi bergambar ramai.

TYT Datuk Haji Ag Sahak tiba di Brunei Darussalam pada September 2013 dan sebelumnya berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Industri Haiwan di Sabah dari 1976 hingga 2010 serta pernah bertugas sebagai pegawai veterinar, pegawai penyelidik, timbalan pengarah dan menjadi pengarah selama tujuh tahun.

Tuan Yang Terutama mempunyai kelulusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Applied Science Rural Technology dan Sijil Lepasan Ijazah Tropical Dairy Production di Wagengin University, Netherland.

Antara ahli-ahli Kor Diplomatik yang hadir di majlis resepsi tersebut.
Antara ahli-ahli Kor Diplomatik yang hadir di majlis resepsi tersebut.

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia berkongsi kerjasama dua hala yang meluas dalam bidang perdaga-ngan pelaburan, kesihatan, pendidikan, pertahanan dan pelancongan sejak kedua-keduanya menjalin hubungan diplomatik.

Kedua-dua buah negara juga mem-punyai hubungan istimewa yang di-manifestasikan dengan ikatan sejarah dan tradisi yang telah lama terjalin.

Manakala itu, TYT Dr. Ashok Kumar Amhori menjadi Duta Besar India ke Brunei Darussalam pada 8 Januari 2014 dan sebelum itu, Tuan Yang Terutama menyertai Perkhidmatan Luar Negeri India dalam tahun 1981 sebelum menjadi Duta Besar India ke Mozambique.

Tuan Yang Terutama juga pernah berkhidmat di Algeria, Baghdad, Muscat, Rabat, Vienna dan Doha.

ARTIKEL YANG SAMA