Majlis resepsi sempena hari kemerdekaan Myanmar

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Kedutaan Republik Kesatuan Myanmar di Negara Brunei Darussalam meraikan Hari Kemerdekaan ke-70 republik berkenaan dengan mengadakan majlis resepsi di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah berserta isteri, Pengiran Datin Hajah Norsiah binti Pengiran Hamdan. Turut hadir ialah ahli-ahli Kor Diplomatik Asing dan para jemputan khas yang lain.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Myanmar, diikuti dengan ucapan Duta Besar Republik Kesatuan Myanmar ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama U Cho Htun Aung.

Dalam ucapannya, Tuan Yang Terutama antara lain menekankan mengenai hubungan diplomatik yang kukuh di antara Brunei dan Myanmar serta kerjasama di antara kedua-dua buah negara dalam pelbagai bidang termasuk sektor tenaga dan pertanian.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bersama duta-duta dari negara-negara ASEAN ketika sesi memotong kek dalam majlis tersebut.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin ketika menerima cenderahati daripada Tuan Yang Terutama U Cho Htun Aung.
Pengiran Datin Hajah Norsiah ketika menerima cenderahati daripada Nang Yin May Win semasa majlis resepsi tersebut.

Majlis diteruskan dengan pemotongan kek bersempena dengan Ulang Tahun ke-70 Kemerdekaan Republik Kesatuan Myanmar oleh Menteri Perhubungan dan Duta Besar Republik Kesatuan Myanmar serta dan duta-duta dari negara-negara ASEAN yang lain.

Selain itu juga, TYT U Cho Htun Aung juga telah menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada Pengiran Datin Hajah Norsiah oleh Nang Yin May Win.

Majlis diserikan dengan persembahan-persembahan tradisi Myanmar.