Majlis ‘Reunion’ bekas pelajar SOAS 30 Januari

Majlis ‘Reunion’ bekas pelajar SOAS 30 Januari

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) akan mengadakan perjumpaan semula yang dinamakan ‘Malam Reunion’ bagi bekas penuntut tingkatan 4 dan 5 pengambilan tahun 1984-1986 pada 30 Januari ini.

Majlis makan malam tersebut akan diadakan di Restoran Stadium di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Jalan Berakas.

Penolong pengerusi bagi acara tersebut, Pengiran Haji Norahalim bin BPHA Rahman dalam kenyataannya berkata, acara ini diharap boleh mengukuhkan hubungan di antara alumni dan memperbaharui persahabatan dengan bertukar-tukar maklumat peribadi, dan pada masa yang sama, dapat bertukar-tukar pendapat dan kenangan.

Untuk maklumat lebih lanjut, mereka yang berkenaan bolehlah menghubungi Pengiran Haji Norahalim di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL YANG SAMA