Majlis Reunion mantan SKPP Bn Bantu TDDB

Majlis Reunion mantan SKPP Bn Bantu TDDB

BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis perjumpaan bersama mantan-mantan SKPP Bn Bantu TDDB telah diadakan di Restoran KTM, Jerudong, baru-baru ini.

Kemudahan teknologi menjadi medium pemudah cara bagi usaha menjejaki bekas anggota-anggota SKPP Bn Bantu, sekali gus menjalinkan semula ikatan persahabatan setelah lama terpisah.

Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan yang disampaikan oleh Ketua Ahli Jawatankuasa (AJK), PW2 Mohd Dani bin Akim dan diikuti dengan bacaan surah Al-Fatihah dan tahlil yang khas di tujukan kepada angota-anggota SKPP yang telah pergi kerahmatullah dipimpin oleh Awang Haji Mohd Ali bin Haji Mahari.

Mantan-mantan SKPP Bn Bantu TDDB bergambar ramai.
Mantan-mantan SKPP Bn Bantu TDDB bergambar ramai.

Seramai 33 orang mantan SKPP Bn Bantu TDDB berpeluang untuk bertemu semula di majlis tersebut sekali gus menjadi medan untuk mereka beramah mesra, bertukar-tukar cerita sekali gus melepaskan rindu masing-masing setelah lama tidak bersua muka berikutan daripada kesibukan komitmen masing-masing.

Sesi pertemuan tersebut setentunya menjadi detik terindah dan titik permulaan bagi para hadirin untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim yang telah lama terjalin.

ARTIKEL YANG SAMA