Majlis rumah terbuka eratkan hubungan dengan negara luar

Majlis rumah terbuka eratkan hubungan dengan negara luar

Oleh Pg Fairol RMF & Yusrin Junaidi
Gambar oleh Pg Fairol RMF & Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Bulan Syawal ini bukan sahaja peluang untuk bermaaf-maafan sesama keluarga dan rakan-rakan, malah peluang bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan negara-negara lain menerusi majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh perwakilan-perwakilan asing di negara ini.

Antara yang mengadakan majlis seumpamanya hari ini ialah Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah di Kedutaan Malaysia, Jalan Kebangsaan.

Kehadiran para jemputan dialu-alukan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Ghulam Jelani Khanizaman dan isteri.

Berangkat hadir ke majlis itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Turut hadir ialah menteri-menteri kabinet dan timbalan menteri, ahli-ahli kor diplomatik dan para jemputan khas lainnya.

Menurut jurucakap Kedutaan Malaysia, majlis rumah terbuka itu dibukakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk penduduk Malaysia yang berada di negara ini.

Majlis ini juga menandakan tali persaudaraan di antara rakyat Malaysia dengan masyarakat setempat di samping mengeratkan lagi ukhuwah silaturahim di antara Malaysia dan Brunei sama ada di peringkat kerajaan mahupun penduduk kedua-dua buah negara.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz semasa berangkat ke Majlis Rumah Ter-buka Hari Raya Aidilfitri Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam.

Datuk Ghulam Jelani menjunjung keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
Datuk Ghulam Jelani menjunjung keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz semasa berangkat ke Majlis Rumah Ter-buka Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam.

p04-5_20160712

Antara yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam di Kedu-taan Malaysia, Jalan Kebangsaan.
Antara yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam di Kedu-taan Malaysia, Jalan Kebangsaan.
YAM Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb dan diplomat-diplomat yang menetap di Negara Brunei Darussalam semasa di Majlis Rumah Terbuka Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.
YAM Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb dan diplomat-diplomat yang menetap di Negara Brunei Darussalam semasa di Majlis Rumah Terbuka Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.

p05-2_20160712

Mohammed Abdul Hye ketika ditemubual oleh media.
Mohammed Abdul Hye ketika ditemubual oleh media.
Diplomat-diplomat yang menetap di Negara Brunei Darussalam mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.
Diplomat-diplomat yang menetap di Negara Brunei Darussalam mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.
Antara yang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.
Antara yang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.

Turut menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016M di negara ini ialah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, Mohammed Abdul Hye yang telah menghoskan majlis rumah terbuka di kediamannya di Kampung Sungai Hanching.

Pada majlis itu, Mohammed Abdul Hye dan isteri mengalu-alukan kehadiran para jemputan yang terdiri daripada rakan-rakan perwakilan luar negara ke Brunei, para pegawai dan kakitangan kerajaan serta swasta yang turut dijemput sama.

Berangkat hadir ke majlis itu ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb.

Menurut Mohammed Abdul Hye, majlis berkenaan merupakan acara tahunan anjuran Pesuruhjaya Tinggi dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam bagi menyemarakkan lagi suasana Hari Raya, sekali gus menjadi platform hubungan erat antara suruhanjaya tinggi itu dengan diplomatik lain di negara ini.

Ketika ditemu bual pada majlis itu, beliau turut menyentuh tentang perkembangan hubungan dua hala kedua-dua buah negara dalam pelbagai bidang antaranya kebudayaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya.

Beliau juga menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerajaan Brunei kerana memberikan peluang pekerja-pekerja dan para pelajar dari Bangladesh dalam mempamerkan kepakaran, kebolehan juga kemahiran mereka di negara ini.

Selain itu juga, beliau menghargai hubungan kerjasama yang diberikan oleh rakyat Bangladesh yang ada di negara ini bagi sama-sama membantu memajukan Negara Brunei Darussalam.