Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri rapatkan hubungan kekeluargaan

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri rapatkan hubungan kekeluargaan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertambah meriah dengan kehadiran keluarga dari luar negara yang berkunjung sambil menziarahi sanak saudara mereka di negara ini.

Sehubungan itu, sebuah keluarga telah mengadakan rumah terbuka bukan sahaja bagi saudara mara dan sahabat handai dari dalam negara malah juga dari luar negara.

Majlis rumah terbuka Haji Othman dan Hajah Zaibidah yang bermula dari pukul 2 petang hingga 8.30 malam itu telah dihadiri hampir 300 orang yang antaranya keluarga dari Sarawak, Malaysia.

Antara kaum keluarga yang menghadiri majlis rumah terbuka tersebut.
Antara kaum keluarga yang menghadiri majlis rumah terbuka tersebut.

Kunjungan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di rumah kediaman beliau di Lambak Kanan itu dimeriahkan lagi dengan aktiviti berkaraoke di samping mengeratkan silaturahim.

Haji Othman menjelaskan, acara setahun sekali ini bukan sahaja mengumpulkan keluarga dan sanak saudara yang jauh tetapi juga untuk sama-sama bergembira di Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL YANG SAMA