Majlis Rumah Terbuka Kedutaan Indonesia meriah

Majlis Rumah Terbuka Kedutaan Indonesia meriah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Kedutaan Besar Republik Indonesia di Brunei Darussalam, semalam, telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah yang diadakan di Wisma Duta Besar R.I, Jalan Kebangsaan.

Kedatangan para jemputan dialu-alukan oleh Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Nurul Qomar dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Indonesia ke Brunei Darussalam, Dr. Pribadi Sutiono.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah menteri-menteri dan timbalan menteri kabinet Negara Brunei Darussalam, ahli-ahli diplomatik dan para jemputan khas.

Menteri-menteri kerajaan yang hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa Haji Sirat dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Haji Mohd Yusof.

Duta Besar Republik Indonesia mengalu-alukan kunjungan Yang Berhormat Pehin Lim Jock Seng.
Duta Besar Republik Indonesia mengalu-alukan kunjungan Yang Berhormat Pehin Lim Jock Seng.
Sesi bergambar ramai bersama para jemputan khas yang hadir di majlis tersebut.
Sesi bergambar ramai bersama para jemputan khas yang hadir di majlis tersebut.

Menurut Duta Besar Republik Indonesia, tujuan rumah terbuka ini sama seperti di Indonesia iaitu untuk mengeratkan silaturahim, terutamanya di antara keluarga dan juga rakan-rakan serta meningkatkan persaudaraan.

“Dengan menyambut Hari Raya ini, sesiapa pun kita bertemu dikirakan sebagai saudara tidak kira beragama Islam atau pun tidak, berlainan etnik, rumah terbuka ini adalah untuk semua dan dialu-alukan kedatangan mereka,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA